Tuesday, March 8, 2016

Kursus Kayak Anugerah Bintang Satu

Kursus Kayak Anugerah Bintang Satu

Kursus ini berlangsung di Taman Tasek Titiwangsa pada 5-6 Mac . Saya mengikuti kelab Mafec dari Unikl sebagai peserta . Sebanyak RM40 sebagai pengeras untuk event kali ini . Kelebihan mengikuti kursus ini , pada masa akan datang saya boleh main kayak di titiwangsa secara percuma . Sijil yang akan saya terima ini diiktiraf oleh Persatuan Kanu Malaysia .

Cemana bole sesat aku sorang budak Uniten . HAHA 

Pergerakan dari Bangi ke Taman Tasik Titiwangsa memakan masa 45 mins dengan kadar traffic yang lancar . Kelas Teori di mulakan . Banyak input yang diberikan , antaranya sejara Kayak dan kanu serta perbezaan . tidak diupakan asas mengenali apa itu kayak . Part part yang diperlukan dan juga langkah keselamatan . Disini juga ditekankan untuk mempunyai peralatan dan pemakaian pakaian yang betul sewatu berkayak .



 Antara nota kaki yang diberikan . Ada exam tau jangan memain :D 


Habis kelas teori kami teruskan perjalanan kursus kami dengan praktikal di kayak sebenar . Membawa kayak ke tebing tasik bukan lah sesuatu yang mudah bagi saya yang bertubuh kecil ni . Berat woi !


Pergerakan kayak ke tebing tasik . 


Sewaktu belajar praktikal banyak input baru yang di ajar . Antaranya teknik angkat kayak , masuk daam kayak , keluar kayak , asas dayungan dan uang paling penting kawalan imbangan . Kesemua ini tampak mudah tetapi apabila ingin di pratktikkan jauh sekali . Tidak semudah yang disangka .



Teknik Bailing / buang air dalam kayak 


Acah ceria padahal dah gelap dah memasing .

Brader ni acah je lebih . 

Kami juga mempelajari sesuatu , kita tidak selamanya memiliki . Kulit yang flawless sebagai contohnya . Kulit tak selalu cerah. haha . Aku perhati je aku punya instructor ni, bkan apa rupa dia macam noh salleh wei yang pakai baju biru . Cuba hangpa perhati . 

Bergambo la sikit dah habis ujian .


Raft up . bermakna berkumpul di tetengah lautan untuk sebarang formasi atau sebarang penukaran strategi. 


Raft up 

Sewaktu ujian dilakukan , kesemua yang dipelajari diuji dengan jayanya . Antara dibenci ialah capsized. Terbalikkan kayak sendiri keluar dengan cara yang betul . Ini untuk mengelakkan panik di situasi sebenar . 


Instructor sedang menguji peserta . 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...