Sunday, March 27, 2016

Save Our Rainforest Run 2016

SORR for short . I do attend this event , that held at Sungai Menyala Forest Reserve , Port Dickson .

Bermula hari memenatkan sebelum pergerakan , pagi jumaat itu dimulakan dengan test 1 untuk subjek modelling . Alhamdullilah it was fun to answer both question with pride . HAHA

After Solat Jumaat,  lantas terus rehat chill chill sebab lepas je maghrib hari memenatkan akan bermula . Dimulakan dengan training floorball serta AGM . Mujur tak dapat tempat hehe .

Habis je, training dan AGM . Cecepat sesiap nak gerak ke PD , dimulakan pickup Rita dan seterusnya ayie . tup tup drive sampaila PD . Bayu Beach Resort , Creds to abe Isa kasi tumpang bilik . Sampai pun dah lewat around 2 pagi . aiyo . lantas buka sleeping bag dan tido . Thanks jugak kepada abe hamdan , tanpa beliau kami tidak dapat masuk kedalam bilik .

Bangun Bangun, seawal 5 pagi takut berebut bilik air pula . Mana taknya 13 orang untuk dua bilik air . Kau ghaso ? Sesudah subuh leklekchill, kami pun bergerakla ke tempat kejadian . Sesiap check out tauuuu . Breakfast hanya beberapa ketul kuaci . Time ni dah cuak juga kot organizer tak kasi breakfast .

Masuk event , dia tak kasi pakai baju lain . Kene pakai baju dia juga, biasalah alasan takut hilang orang kepe kan . Ehhh, tertinggal pula . Breakfast and lunch prepared by concorde hotel . So kalau kata tak sedap tipu lahkan , nak komen sayur dia tak sedap .

hamekk kau budak bahagia . 

Pelik juga sebelum memulakan jalan or lari nanti aku cerita , terlalu banyak agenda seperti perasmian , bawak naik artis and so on , tup tup kami di releasekan untuk acah run tu pukul 9 . Time ni mood dah out sebab , ada buat research katanya no running, terpampang juga banner banner di sekitar dont running running .

Dengan demikian , kami *saya dan salman terus berpakat untuk chill chill hanya jalan dan biarkan dahulu platun semua tu lepas dahulu dah reda baru jalan . Sewaktu perjalanan , memang dah sumpah seranah satu hal single lane dan berjalan stop jalan stop . No wonder la , itinerary tulis jap 7.30 sampai kul 1.00pm . Memang kena jalan je . aiyo.

CP1 , task yang kena buat . SELFIE ! 


Lepas je dari CP3 , kami start berlari ke penamat katanya ada hadiah yang diberikan . Time ni mmg down habis tapi layankan je . Every CP, ada task yang akan diberikan . Anyam daun mengkuang, beri kicap kepada penduduk , dan ada juga ambil cop dalam akuarium hitam . Larian ke penamat diteruskan  .

Kami habis dengan ada placing 68 , not bad . Kalau kami tahu boleh lari dari awal kami lari . Bolehla target podium dapat basikal woo . Tapi takpa , placing 68 dapat juga tiket untuk ke Rainforest Live Show worth for 120 . Boleh la kan dari takde :D

Dapat ticket free woo . muka bahagia . 


Thanks a lot to , Santai Runners dan abe Isa kerana menaja kami . Jangan memalu untuk jemput kami lagi , hehe . Tahniah semua . Ada yang podium dari team kami ni .

Dari Santai Runners . 

Thursday, March 24, 2016

Waterfall Bukit Puchong

Setelah sekian lama tak masuk hutan layan trail , oh yeah this time ita kasi layan memanja .

Pergerakan dari Uniten ke Starting point hanya memakan masa 20 mins , peserta yang lain semua tunggu di starting point Bukit Puchong, Taman Wawasan  .


Wefiee ! 


Seramai 15 orang yang sepatutnya berkumpul pada jam 730 pagi . Sesampai di tempat berkumpul di Restoran Meerasa , tiada nampak batang hidung lagi . Dengan langkah kanan sendiri saya tunggu ke Starting point sehingga pukul 9 pagi. Masih tiada kelibat mereka . Lalu,

Selamba naik sensorang ke waterfall , pasang hammock dan tido :D  Dari starting point ke waterfall memakan masa sejam sahaja . Anyway waterfall memang nice . Mana nak dapat tetengah bandar gini kan ? Orang Puchong pun belum tentu dah pernah sampai .

This one bukan yang dilarang tu oke, tiada sign perhilitan UPM or what . Anyway nice view and enjoy the trip .



Dari jauh gini nampak macam bertangga :D 

macam massage katenye , massage preeee

Tediaaa memasing posing. 

Sejuk ke abe , 

Acah rock crossing. kikiki


Layan makan mihun singapore bersama kicap hitam padu woiiiii , ada yang siap empat lima kali tambahh . Sandwich sardin pun hadooo . 

Sebelum berbasah basahan beratur la sikit ye. hehe 

Udoh macam tangga , bukan senang dapat duk tengah ni . Selalu kalau beratur mesti duk depan sekali haha . 





Monday, March 21, 2016

amanah

Bab bab nak pindah ni , oh ya saya memang fail ! Nak mengemas semua okay bab nak packing and for sure barang memang satu lori .

Alkisah kene pindah bilik dekat hostel di Uniten , As been told, that we need to move on to the front block . Before this kami stay kat A6 , somehow we asked to move to A2 . Three blocks away . Ceritanya management nak selaraskan sesapa yg ambil kontrak untuk setahun , dorang nak letakkan satu tempat . The best is , dorang akan cat bilik kami . Makin sayang la kat rumah wooo . Kalau boleh request memang aku nak warna warni bilik aku . Baru la ceria selalu . HAHA

After around a year , i think at last we moved bebeh ! Banyak kenangan rumah tu , dari tiada karpet , pintu patah la apa semua . Baru fikir nak grad pun ngan bilik tu . HAHA . Sentimental value kuat sangat .
ni baru separuh barang saya . 


Ass hahaha . as stated above , baru half je barang then kau ghasoo ? tak termasuk baju pakai semua ada lah dalam 3 beg ikea yang besar tu . Lepastu lepastu , kasut oh yea . 10 pasang tak kurang . hmm mana taknya satu sports dah satu kasut . Kalau main sampai 4-5 sport ? hiking la apa lagi , huhu . Eh , barang outdoor aku pun tak masuk lagi ni heee . Bayang kan lah ya . tanak bayang takpe tak paksa . yang penting hangpa happy hangpa tenang :D 

Friday, March 11, 2016

cheesekut

cheesekut ?

never heard before ? Actually the words come from cheese and biscuit itself . Biasalah melayu semua nak shortform or else sounds ridiculous . HAHA .

Shortform kan sikit , cheesekut ni diperbuat dari biskut dan dilapiskan dengan cheese . For sure without any oven. Uolls just need that kerajinan and peti sejuk je :D

Bahan bahannya :D

Cream cheese , Biskut Hupseng Cream Crackers *kalau nak yang kurang hancur amek yg luxury punya , susu pekat , susu segar HL  dan milo takpun nestum ke ikut citarasa sukahati .

Prosedur :


  1. Sediakan bahan- bahannya 
  2. Cari bekas dan masukkan creamcheese , susu pekat dan juga tiga sudu susu segar 
  3. Guna mixer untuk kayuh sampai sebati , kayuh pakai tangan kalau larat :D 
  4. Agak agak dah mcam creamy stop la ya . 
  5. Cari bekas yang molek untuk susun biskut . 
  6. Rendam biskut dalam susu segar , jangan lelama nanti lembik cukup sekadar melembabkan dia . Celur dan keluar la orang kata . hehe . 
  7. Susun cecantik dalam bekas dan lapiskan dengan cream cheese yang sudah siap tadi . 
  8. Ulang dengan biskut lapiskan dorang . 3 lapis terlalu nipis dan 5 terlalu tebal . 4 should be just nice :D 
  9. Lapisan cheese kalau bole tak perlu terlalu tebal kecual tops . 
  10. Letaklah serbuk milo anda di antara lapisan biskut atau di atas sekali . 
  11. Tutup bekas dan letakkan dalam peti , at least 4 jam . 
  12. Enjoy your cheesekut ! 



Bahan bahan , maaple semak sikit 



Testing one two three



lapisan kedua , bantai letak milo lagi 


Milo on tops !





Dapat dua bekas ni . Tak sabar nak sejukkkkk !


Here dah siap . and at last nyummy enjoy ! 


Aku je yang perabih dedua bekas ni , orang kata terlalu manis :D 
Semanis mulut berbicara katanya . HAHA 


Tuesday, March 8, 2016

Kursus Kayak Anugerah Bintang Satu

Kursus Kayak Anugerah Bintang Satu

Kursus ini berlangsung di Taman Tasek Titiwangsa pada 5-6 Mac . Saya mengikuti kelab Mafec dari Unikl sebagai peserta . Sebanyak RM40 sebagai pengeras untuk event kali ini . Kelebihan mengikuti kursus ini , pada masa akan datang saya boleh main kayak di titiwangsa secara percuma . Sijil yang akan saya terima ini diiktiraf oleh Persatuan Kanu Malaysia .

Cemana bole sesat aku sorang budak Uniten . HAHA 

Pergerakan dari Bangi ke Taman Tasik Titiwangsa memakan masa 45 mins dengan kadar traffic yang lancar . Kelas Teori di mulakan . Banyak input yang diberikan , antaranya sejara Kayak dan kanu serta perbezaan . tidak diupakan asas mengenali apa itu kayak . Part part yang diperlukan dan juga langkah keselamatan . Disini juga ditekankan untuk mempunyai peralatan dan pemakaian pakaian yang betul sewatu berkayak .



 Antara nota kaki yang diberikan . Ada exam tau jangan memain :D 


Habis kelas teori kami teruskan perjalanan kursus kami dengan praktikal di kayak sebenar . Membawa kayak ke tebing tasik bukan lah sesuatu yang mudah bagi saya yang bertubuh kecil ni . Berat woi !


Pergerakan kayak ke tebing tasik . 


Sewaktu belajar praktikal banyak input baru yang di ajar . Antaranya teknik angkat kayak , masuk daam kayak , keluar kayak , asas dayungan dan uang paling penting kawalan imbangan . Kesemua ini tampak mudah tetapi apabila ingin di pratktikkan jauh sekali . Tidak semudah yang disangka .



Teknik Bailing / buang air dalam kayak 


Acah ceria padahal dah gelap dah memasing .

Brader ni acah je lebih . 

Kami juga mempelajari sesuatu , kita tidak selamanya memiliki . Kulit yang flawless sebagai contohnya . Kulit tak selalu cerah. haha . Aku perhati je aku punya instructor ni, bkan apa rupa dia macam noh salleh wei yang pakai baju biru . Cuba hangpa perhati . 

Bergambo la sikit dah habis ujian .


Raft up . bermakna berkumpul di tetengah lautan untuk sebarang formasi atau sebarang penukaran strategi. 


Raft up 

Sewaktu ujian dilakukan , kesemua yang dipelajari diuji dengan jayanya . Antara dibenci ialah capsized. Terbalikkan kayak sendiri keluar dengan cara yang betul . Ini untuk mengelakkan panik di situasi sebenar . 


Instructor sedang menguji peserta . 

Tuesday, March 1, 2016

back

ill be back !