Wednesday, March 7, 2018

LSD 21KM

Hai semua. Kalini nak cerita. Trip LSD le cousin semuanya. Eh, pakcik ada sorang so total up sorang pakcik and lagi tiga orang sedara mara aka sepupu. Last training sebelum ke tarikh event sebenar. Pasir Salak Half Marathon. LSD bermaksud Long Slow Distance. Untuk menyesuaikan diri dengan ketahanan pada hari event nanti. Haa lebih kurang la tak sure sangat.Must be 2 hours and above.

Lokasi LSD.

Masjid Bukit Aman - Petronas Hartamas - Masjid Bukit Aman. Total should be around 20km.

Larian pun bermula, merasa la naik VW Polo. Thankyou Amir. Kami parking kereta kat Masjid Bukit Aman and heading to Hartamas for first 10km. Bukan mudah untuk berlari secara konsisten dan jauh begini. Memerlukan semangat, mental dan persiapan yang mencukupi. Bagi slow pace semestinya memboleh kan kita pergi lebih jauh. Pastikan juga anda sentiasa dalam keadaan air yang mencukupi. Untuk mengelakkan penat dan dehidrasi.

Masjid Bukit Aman, bersebelahan dengan pintu masuk Balai polis bukit aman. Parking disini inshaallah selamat :D
Dalam perjalanan anda akan bertemu dengan pelbagai tempat menarik untuk dikunjungi, sebagai contoh taman botani, bank negara, bukit bukit di kenny hills yang berpunghuni oleh orang orang kaya. Publika Damansara, Masjid Wilayah dan banyak lagi .

Tempat larian agak selamat kerana kurang kesesakan lalu lintas. Jika ingin berlari di sini, pastikan mempunyai kawan kawan atau teman jangan lah keseorangan kerana tempatnya yang gelap dan kebarangkalian untuk dirompak juga ada.




Saya mengambil Vsoy ketika di petronas Hartamas. Untuk menggantikan tenaga yang ada dan sebagai sarapan pagi. Saya tidak pasti sama ada membantu atau tidak. Tapi inilah pilihan saya.


Seterusnya, sebagai acara selepas larian semestinya MAKAN! Uncle Hafis memilih Nasi Lemak Tanglin untuk meal after run. Lepas lari 20km kan? Apa lagi makan besar laaa. HAHA. Nasi lemak sotong menjadi pilihan saya bersama tehoais.


Terima Kasih akak cashier, menyumbangkan choclairs kepada saya. hehe .
Terima Kasih juga kepada Mang Hafis untuk Nasi Lemak.
Terima Kasih kepda Amir selaku Pacer untuk LSD kali ini.

No comments: