Wednesday, March 7, 2018

DIY Battery Iphone 5

Hai . Thankyou abe posmen :D Kali ni kita bukak fon dan tukar sendiri battery dalam iphone 5 comel ni. Boleh troubleshoot sendiri bila kena tukar bateri fon awak awak tu. Macam saya punya fon skrin belah kiri sudah terangkat sedikit dan ada sedikit effect pada skrin telefon. Jika dibiarkan lagi, bateri kembung itu akan menolak skirn dan boleh menyebabkan skrin pula yang rosak.


Baik mencegah dari awal, kalau tak haa amek la bateri out skrin pun out. HAHA. Tanda lain bateri dah out, penurunan atau kenaikan bateri pada fon tu mendadak sangat. Sebagai contoh baru lepas charge 100 seterusnya tup 75 peratus. Yeah anda perlu menukarkannya dengan kadar segera.

Untuk harga pasaran tukar bateri siap upah adalah antara RM 50 hingga entah tak tahu. Machine ada buat promo untuk model iphone 5s keatas dengan hanya RM 199 kalau tak silap. So kalau DIy macam saya ni hanya menelan belanja RM35 siap pos. Dibeli dari lelong.my. Mana boleh jimat kita jimat lah kan :D

 

Cara pemasangan boleh klik saja pada Youtube dan cari. Penukaran bateri merupakan asas dan boleh ditukar sendiri jika mempunyai tool untuk membukanya. Paling mudah. Berbanding tukar skrin. Banyak boleh jimat. Cumanya keberanian masing masing untuk mencubanya sendiri. Semoga berjaya :D


No comments: