A day before. Terima Kasih kepada kawan pakcik saya untuk bib ini. Saya tukang lari je dan dapat lah baju. Seperti tertera baju larian saya sebagai salah satu cara mempromosikan sukan floorball dalam tanah air Malaysia ini. Tapi admin floorball kl tak repost pun haha. Kesian. All checked! kasut socks, hammer, tight dan running belt.
Diatas merupakan, view bangunan di sekitar Pasir Salak Resort. Lawa bukan? Meh melawat Perak yob. Boleh search ke website harga untuk resort ini. Sangat menarik untuk dilawati sambil belajar sejarah.
Perjalanan kami dari Manjung ke Pasir Salak memakan masa 54 minit. Kami gerak seawal 5 pagi dari rumah untuk ke tapak permulaan. Keadaan lalu lintas yang masih pagi amat cantik sekali seterusnya segala perjalanan pergi lancar sahaja. Melalui sawah sawah padi. View memukau dengan tempat yang gelap kita boleh melihat bintang bintang di langit menghiasi siling bumi. Sangat cantik.
Larian dimulakan pada 7 pagi. Sedikit tertunda dari yang sepatutnya pada pukul 6.30 pagi. Pagi yang menarik sejuk hening kalbu haa gitu. Usai solat subuh di surau berdekatan. terus kami ke starting line. Gaya elit weh hahahtapi awal awal duk belakang jeee. humble gitu.
Larian dimulakan. Starting poin dari dalam Pasir Salak Resort agak sesak tapi menarik kerana mempunyai pintu gerbang nya sendiri. Tanda ingin berhenti seawal hon perlepasan dimulakan. HAHA. Baru start dah nak rasa terkencing. Pencarian toilet berdekatan diteruskan! Surau yang ke tiga merupakan tempat air toxic itu dinyahkan dari badan. Pace getting slower as rasa nak terkencing amatlah tinggi. Satu kenikmatan pabila dinyahkan dengan jayanya.
Pemandangan di pagai hari sekitar kampung amatlah menarik dan lawa sekali. Berkabus kabus di sajikan sungai dan pokok kelapa sebagai pemandangan larian. Seterusnya larian ke tali air bendang. Pada waktu ini matahari sudah mula terpacak di atas kepala. HAHA panas oi. Suasana yang sungguh tenang tapi panas dia tak boleh buat main. CP ke berapa pun tak ingat tapi disajikan air. Pergh lega. Air kelapa dedalam kepala sering bermain main. Gila kau pepanas ni dapat air kelapa sedap oi !
Larian harus diteruskan walau dalam apajua keadaan. Masih mencari sedaraku Amir. KM19. aku melajukan langkahku. Pace 6 bhai haha. demi mengejar ke Finishing line.Time ni dah tak kisah dah jumpa ke tak jumpa amir. Last KM jumpa juga, hehe. lalu dipotong kemas oleh saudara Firdaus. babai.
Cendol nasi lemak dan minuman lain disajikan selepas tamat larian. Cendol pada cuaca panas memang ngam teruks!
Pastinya aktiviti sebegini di kalangan saudara mara harus diteruskan!
Cendol sebagai dessert atau upah selesai tamat larian. Memang nyaman!
Tahniah lah kak amy oi. Menang tanpa sengaja. Tak sengaja Podium acano ? HAHA
Dak Poli jumpa disini. ROY memang keras. First half marathon dengan timing cukup memberangsangkan 2.15 hours.
Medal kemenangan. Lawa dan sangat berminat :D
Loncatan kegembiraan :D
Kami acah. Pakcik bersama anah buahbuahannya
Posing yang sangat menarik :D
Pose lah lagi ahahaha
Bersama le champione. Geng DRC.