Sunday, December 8, 2013

tuju selipar

hai korang.  penah dengar tuju selipa ? menuju destinasi menggunakan selipa ? ohh mungkin salah tekaan anda tu semua . bagi sapa yang tak pernah main , main main dengan saya . saya baru lepas kan skill hebat semalam di pantai PD. hee .

acronym : baling selipa, baling sampai mampus .
Peralatan yang diperlukan ?

Simple sahaja, just selipar korang tu yg comel berlubang bagai. lagi berat lagi bagus . padu peginya , dulub kalau dapat selipa tat sing tu , pergh balik rumah merah badan woo :D

Team yang sehebat mungkin , tidak pada kaki yang pandai berlari saja. tapi pada otak yang membina bagi menjadi jurutera untuk menaikkan tiang tiga selipar itu .

satu lagi, semangat yang kental . dan tidak mudah untuk mengalah , kerana kepuasan menunggu anda selepas orang yg ditarget kene . heh .



Arahan game,

Team A sbg contoh memulakan permainan , diperlukan untuk membaling selipar kepada rumah . (selipar yg didirikan seperti pada gambar ) mempunyai 3 kali balingan pada setiap peserta dan tidak dilupakan jarak antara rumah dan balingan lebih kurang 10 tapak kaki busuk anda itu .

Sesudah rumah berjaya dijatuhkan , team A kene lari dan curi masa untuk buat balik rumah tersebut. team b akan pas seliapr untuk di taget. ingat tidak boleh pegang selipa sambil berlari . markah akan dikira selepas rumah berjaya disiapkan dan team A akan teruskan perjalanan . thats all .

and semalam first time main game ni ade ketua. ketua mati sume mati . erghh !

1 comment:

Mike Chu said...

Hi,

I am interested to feature my project in your blog. Please get back to me when you see this. I can be reached at;

mike@bookup.my

Thanks!

Regards,
Mike

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...