Bukit Jerut, CH, Pahang
0203042016
Gunung ini berketinggian 1603 meter . Starting Point dari Kg Kuala Boh .
Trip ini dimeriahkan oleh geng sahabat monel , dengan line up yang tidak berapa ramai . Cukuplah untuk menjadikan trip yang sukses dan seronok . Line up cecomel kami seramai lapan orang carpool dua kereta la sonang cito .
Line up bersama di puncak makan brownies
Perjalanan dimulakan , saya meet up dengan saudara hamdan dan nea di gombak untuk memulakan perjalanan ke CH , seterusnya pick up anang separuh jiwa ku pergi di hospital Sg. Buluh . Penuh kereta lalu perjalanan diteruskan . Untuk ke Cameron Highlands , lebih 3 jam perjalanan dari KL . Tertakluk kepada trafik dan perut .
Sebelum memulakan pendakian kami berehat di Masjid terlebih dahulu . Usai solat subuh kami membuat persiapan mendaki dan terus ke Kg Kuala Boh yang terletak tidak jauh dari situ . Breakfast di Pekan Ringlet agak mendamaikan , angin sepoi sepoi bahasa . Kabus pun tebal , baru la bole acah Cameron sikit . HAHA
Antara gambar kami ontrek
Kami hire guide kampung untuk ke Puncak dan Lata Celai . Perjalanan dari starting point ke Lata Celai mengambil masa 1jam 30 mins manakal untuk ke puncak 4 jam *dari lata . Setibanya kami di lata celai , kami set up hammock dan juga fly , tent la sonang cito . Lalu perjalanan ke puncak diteruskan dengan beg lebih kecil .
Lata Celai . Best . Lawo Sejuk !
Total distance from starting point ke puncak lebih kurang , 8km . Total up perjalanan pergi dan balik , lebih kurang 16km . Tak tahu tepat atau tidak . Di puncak terdapat beirut yang masih utuh dan comel . Bolehlah bergambar disana . Sepanjang perjalanan ke puncak , trek amat clear dan ada juga simpang , selebihnya just single track . Kami juga diberitahu , last group luar masuk ke kawasan air terjun ialah pada 2002 . Group ke puncak pula, kami lah orang pertama .
Posing sikit bersama Beirut Comel
Suasana tenang di campsite , memang best . Kedengaran bunyik air terjun yang merdu enak didengar even time tido . Pada keesokan harinya , kami keluar dari campsite lebih kurang pukul 11 dan sampai ke starting point kembali tepat jam 12 . Acara mandi air terjun turut tidak dilepaskan , memang seronok dan sejuk !
Bergambar dengan adik adik tempatan
Ration cikedis yang tidak habis dimakan , kami tidak membawa pulang malah memberikan kepada adik adik ni . Seronok mereka , ade abe abe kasi cikedis . Siap ajak kami mandi sungai bersama .Treat after treat maybe haha . The one yang baju tribal tu lawo comel :D
Kami membersihkan diri di masjid berdekatan , seterusnya cari makan tengahari nyummy . Agak fail kerana permintaanku untuk air barli panas tidak diperkenankan malah diberinya barli ais . Usai lunch , kami ke ladang strawberi untuk pekena kafe dan scoone . Hitea merupakan acara terakhir , Kami berpecah dan pulang ke Kampung Halaman . Kuala Lumpur . Sekian
Trip menarik !